arena

Puas pertahan gelaran

Oleh Azlan Muhammad Zain

JAGUH bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah mengakui puas dapat mempertahankan gelaran Mr Asia dan Universe tahun ini.

Dia merangkul gelaran kelima Mr Asia apabila pada Oktober lalu apabila memenanginya dalam kategori athletic physique sehingga 167cm yang berlangsung di Batam Indonesia.

Pencapaian itu mengulangi kejayaan pada 2015, 2016, 2017 dan 2018.

Ia dituruti kejayaannya buat kali keempat pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia yang berlangsung di Pulau Jeju, Korea Selatan, bulan lalu.

Dia muncul atlet bina badan tunggal negara meraih kejayaan Mr Universe pada tahun ini.

“Saya memang berpuas hati...kejuaraan berturut-turut buat kali kelima Mr Asia dan keempat Mr Universe. Tiada semua atlet dunia mampu melakukannya.

“Dua kejohanan penting dan saya mencapai kejayaan. Ia memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada saya untuk terus melakar kejayaan,” jelas atlet kelahiran Kuala Lumpur berusia 46 tahun itu.

Menurutnya yang turut dikenali sebagai Mike, dia akan terus mempertahankan dua gelaran berkenaan pada tahun depan.

“Apabila tahun bertukar, sudah pasti cabaran lebih sukar kerana faktor usia bakal memainkan peranan. Jadi saya perlu bekerja lebih keras namun pada masa yang sama perlu mengelak daripada sebarang kecederaan,” jelasnya.

Disiarkan pada: December 27, 2019 @ 6:50pm
d