arena

AC Milan ikat Ibrahimovic enam bulan

Oleh AFP

BINTANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic menandatangani kontrak enam bulan bersama AC Milan dengan pilihan tambahan satu tahun, menurut kenyataan kelab Serie A itu, awal pagi tadi.

"Saya kembali ke kelab sangat saya hormati dan juga bandar Milan yang saya cintai,” kata pemain berusia 38 tahun itu dalam laman web kelab.

"Saya akan berjuang bersama rakan sepasukan demi mengubah nasib kami. Saya akan melakukan apa sahaja untuk merealisasikannya.”

AC Milan kini bergelut di kedudukan ke-11 selepas dibelasah 0-5 oleh Atalanta minggu lalu, kekalahan terbesar mereka dalam tempoh 21 tahun.

"Kelab dan penyerang terbaharu mencapai persetujuan sehingga penamat musim dengan pilihan melanjutkan kontrak untuk tahun berikutnya,” kata Milan dalam kenyataan itu.

Ibrahimovic akan tiba di Milan pada 2 Januari untuk ujian perubatan dan menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan.

Pemain veteran itu meninggalkan Los Angeles Galaxy bulan lalu yang tersingkir pada aksi playoff Major League Soccer.

Ibrahimovic beraksi bersama AC Milan pada 2010 dan 2012 dengan membantu Milan menjuarai gelaran Serie A kali terakhir serta menjaringkan 42 gol dalam 61 penampilan aksi liga.

Perlawanan pertama AC Milan selepas rehat musim sejak ialah menentang Sampdoria di tempat sendiri pada 6 Januari.

Disiarkan pada: December 28, 2019 @ 7:52am
d