arena

Amin azam lonjak Lang Merah

Oleh Izzali Ismail

PEMAIN import Kedah kelahiran Sweden Amin Nazari berazam meningkatkan nama skuad Lang Merah apabila skuadnya bakal beraksi di peringkat Asia untuk laluan ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bermula 21 Januari depan.

Pemain pernah mewakili skuad kebangsaan Filipina tahun lalu mengakui ia masa yang tepat untuk skuad Kedah kembali melonjakkan nama di persada Asia sepertimana pernah dibuktikan sebelum ini.

"Saya teruja menyertai Kedah untuk musim 2020 dan berazam memberi aksi terbaik.

“Jika dilihat, semua pemain memiliki semangat yang tinggi untuk mecapai matlamat musim 2020 nanti.

"Kami akan bekerja keras untuk meletakkan nama Kedah pada tahap terbaik musim depan.

“Justeru, apa sahaja usaha yang dilakukan mestilah bertujuan meningkatkan nama pasukan dan nama Kedah di peringkat tertinggi.

"Saya yakin tempoh latihan dan persiapan pramusim sedang dilalui Kedah sebelum aksi perlawanan peringkat Asia bulan depan peluang terbaik untuk membuktikan keupayaan seperti dinanti dan diharapkan oleh peminat Kedah,” katanya.

Disiarkan pada: December 29, 2019 @ 6:22pm
d