arena

Rangers ungguli Old Firm derby

Oleh AFP

RANGERS menamatkan penantian selama sembilan tahun untuk menewaskan Celtic di tempat lawan menerusi jaringan Ryan Kent dan Nikola Katic untuk kemenangan 2-1 di Celtic Park, malam tadi untuk merapatkan jurang saingan Liga Perdana Scotland.

Skuad kendalian Steven Gerrard masih ketinggalan dua mata di belakang Celtic tetapi masih kurang satu perlawanan berbanding juara Scotland itu ketika mereka mahu menamatkan gelaran kelapan berturut-turut cuba diraih oleh skuad jersi hijau putih Glasgow itu.

Celtic sedikit kecewa apabila sepakan penalti Ryan Christie menemui kegagalan ketika kedudukan 0-0 menyaksikan mereka tewas di tempat sendiri untuk kali pertama sejak Mei 2018.

Penjaring terbanyak Rangers Alfredo Morelos dibuang padang pada waktu kecederaan untuk kali kedua dalam tiga perlawanan dan tujuh kali sejak dua musim lalu dengan penantian untuk jaringan gol pertarungan Old Firm berterusan.

Kejayaan itu juga dianggap kemenangan terbesar Gerrard dalam karier pengurusan sehingga setakat ini.

Odsonne Edouard menjaringkan gol Celtic pada m-42.

Disiarkan pada: December 29, 2019 @ 11:34pm
d