arena

Hamilton tiada dalam senarai

Oleh Reuters

KETIADAAN nama Lewis Hamilton dalam senarai penerima Anugerah Terhormat Tahun Baru membuatkan peminat Formula Satunya berang sekali gus mencetuskan debat baru terhadap status sukan itu sama ada pencapaian juara dunia enam kali itu memadai untuk dihargai di tempat sendiri.

Pemandu Britain itu muncul pemandu kedua paling berjaya F1 sepanjang masa dan dalam laluan mengatasi juara dunia tujuh kali dari Jerman yang juga pemandu legenda Ferrari, Michael Schumacher dalam rekod perlumbaan permotoran satu tempat duduk itu.

Pemandu Mercedes berusia 34 tahun itu yang datang dari keluarga kurang berada untuk muncul pemandu terhebat era moden tetapi bos pasukan itu, Toto Wolff sudah lama merasakan dia sepatutnya mendapat penghargaan sewajarnya daripada negaranya.

Disember tidak membuatkan bos dari Austria itu mengubah pendiriannya.

Pemenang kriket Piala Dunia Ben Stokes dipilih sebagai Personaliti Sukan BBC 2019 selepas pelumba basikal pemenang Tour de France Geraint Thomas meraihnya pada 2018 dan dia juga memenangi Anugerah Persatuan Penulis Sukan.

Hamilton yang memenangi Anugerah BBC pada 2014 muncul Olahragawan Eropah Terbaik menewaskan pemain tenis nombor satu, Rafael Nadal dan peluncur ski dari Austria, Marcel Hirscher.

Disiarkan pada: December 31, 2019 @ 12:14am
d