arena

Kubica sertai pasukan F1 Alfa Romeo

Oleh Reuters

ROBERT Kubica akan menjadi pemandu simpanan Formula Satu Alfa Romeo pada musim 2020 dengan syarikat minyak Poland dan penyokong peribadi PKN ORLEN menyertai pasukan itu sebagai penaja utama bersama menurut pasukan berpangkalan di Switzerland itu.

Kubica, 35, membuat penampilan perlumbaan pertama bersama pasukan itu pada 2006 apabila mereka bersaing sebagai BMW Sauber.

Pelumba Poland, yang hampir maut selepas terbabit kemalangan rali pada 2011, melakukan kemunculan semula bersama bekas juara yang bergelut Williams musim lalu tetapi meninggalkan pasukan berkenaan pada penghujung musim kempen di mana dia memperoleh mata tunggal.

“Saya memulakan fasa baharu dalam karier dengan menyertai Alfa Romeo Racing ORLEN. Ini adalah pasukan yang mempunyai tempat istimewa dalam jiwa saya dan ia semestinya bagus apabila dapat melihat wajah yang dikenali dari Hinwil,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelumba Alfa Romeo pada tahun ini adalah juara dunia 2007 dari Finland, Kimi Raikkonen dan pelumba Itali, Antonio Giovinazzi, yang kekal dalam senarai sejak 2019.

Disiarkan pada: January 1, 2020 @ 10:07pm
d