arena

Tsitsipas ada 'senjata' rampas nombor satu

Oleh AFP

SELEPAS menewaskan tiga pemain ternama tahun ini, bintang muda Greece, Stefanos Tsitsipas berkata dia yakin memiliki ramuan mantap untuk merampas ranking nombor satu dunia.

Tsitsipas muncul pemain termuda menewaskan Rafael Nadal di atas gelanggang tanah liat selain menewaskan Roger Federer dan Novak Djokovic yang menyaksikan dia melonjak ke tangga kelima dunia.

Pemain berusia 21 tahun itu bakal berentap di Piala ATP dengan ranking keenam tetapi dia yakin mampu mendaki ke puncak.

"Maksud saya, mereka masih ada di sana. Mereka melakukannya dengan baik,” kata Tsitsipas mengenai Nadal, Federer dan Djokovic.

"Bagi saya, ia amat mencabar di luar sana dan menentang mereka. Saya rasa perlukan ada tenaga tambahan ketika menentang mereka di samping dapat mempelajari sesuatu apabila bermain dengan mereka.

"Tetapi saya berusaha berada di tempat mereka kerana saya rasa mampu mengatasi mereka, saya akan menjadi lebih baik.

"Ia cuma perlukan masa, kesabaran dan dedikasi terhadap apa saya lakukan.”

Tsitsipas berkata tahap fizikalnya kini dalam keadaan terbaik pada musim baharu dan bebas kecederaan tetapi dia mengakui perlu fokus konsistensi berdepan kejohanan.

Disiarkan pada: January 2, 2020 @ 7:13pm
d