arena

Aksi erat hubungan

Oleh Malik Muhamad

BUKAN pemenang yang dicari sebaliknya hubungan silaturahim menjadi agenda utama aksi bola sepak persahabatan membabitkan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menentang pasukan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin berakhir dengan keputusan berpihak JPNT, 3-2.

Ketua pasukan JPNT, Shafruddin Ali Hussin berkata, biarpun pasukan lawan yang diwakili kebanyakan pemain muda, tapi pasukannya berjaya mencatat kemenangan walaupun lawan bangkit pada babak kedua sehingga berjaya menjaringkan dua gol.

Shafruddin yang kini menjawat jawatan pengarah Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bagaimanapun menyatakan perlawanan itu penting dalam membina hubungan yang baik antara jabatan.

Pasukan lawan diketuai kapten, Mohd Sabri Abbas selain turut disertai Yang Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil.

Disiarkan pada: January 2, 2020 @ 7:47pm
d