arena

BAM singkir tujuh pemain

Oleh Ferzalfie Fauzi

SEPERTI dijanji dan dirancang sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan menyingkirkan tujuh pemain yang dirasakan gagal mencapai prestasi ditetapkan. Tujuh pemain berkenaan termasuklah juara perseorangan lelaki Siri Antarabangsa Malaysia tahun lalu, Soong Joo Ven dan beregu lelaki berpengalaman, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

"Mereka yang tidak kekal di dalam BAM diberikan notis sebulan dan kita akan memberi segala bentuk sokongan kepada mereka sehingga 31 Januari ini," kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) hari ini.

Empat lagi pemain yang menerima nasib sama ialah dua pemain perseorangan lelaki, Tan Jia Wei dan Ziyad Md Tah, serta dua beregu wanita, Lim Peiy Yee dan Lim Chiew Sien. Bagaimanapun, 39 pemain senior yang masih kekal di dalam badan induk berkenaan tidak boleh berasa lega kerana akan ada satu lagi penilaian semula 30 April depan.

Disiarkan pada: January 3, 2020 @ 4:43pm
d