arena

Ibrahimovic kembali bergelar pemain Rossoneri

Oleh Agensi

ZLATAN Ibrahimovic menyertai AC Milan seleps penyerang Sweden itu melengkapkan pemeriksaan perubatan untuk mengesahkan kepulangannya semula ke San Siro.

Pemain berusia 38 tahun itu akan menggunakan jersi No 21, mendarat di Lapangan Terbang Linate dengan menaiki jet peribadi dari Stockholm, semalam.

Peminat serta media Itali menanti di pintu pagar menantikan superstar global itu sebelum menaiki kereta di ibu pejabat kelab itu.

Kereta dinaiki pemain terbabit mengambil masa beberapa minit untuk meninggalkan lapangan terbang itu apabila penyokong menghalang laluan sambil menjerit-jerit namanya malah cuba merakam foto pemain baru Rossoneri itu.

Ibrahimovich yang tidak mempunyai sebarang kelab sejak meninggalkan LA Galaxy pada November, menghabiskan tempoh dua musim berjaya di San Siro antara 2010 dan 2012.

Bos Milan Stefano Pioli mengakui tidak tidak sabar untuk bekerjasama dengan Ibrahimovic selepas pemain veteran terbabit menyertai kelab itu semula secara perpindahan percuma.

Disiarkan pada: January 3, 2020 @ 6:42pm
d