arena

Aifa, Aira ke suku akhir Remaja British

Oleh BERNAMA

JUARA Terbuka Remaja British tiga kali, Aifa Azman meneruskan persembahan cemerlangnya apabila berjaya mara ke suku akhir kejohanan itu di Birmingham, England pada Jumaat (awal Sabtu di Malaysia).

Aifa, pemain nombor 61 dunia, menewaskan pilihan ke-9/16, Evie Coxon dari England dengan 11-8, 11-3 dan 11-4 pada aksi pusingan ketiga kategori Bawah 19 (B-19) wanita di gelanggang kaca University Birmingham, menurut laman web kejohanan https://britishjunioropen.com.

Pemain berusia 18 tahun dari Kedah itu sebelum ini menyapu bersih gelaran juara B-13 pada 2014, B-15 pada 2016 dan B-17 pada 2018.

Turut mengiringi ke suku akhir ialah adiknya, Aira yang mengetepikan pilihan ke-9/16 Lucie Stefanoni dari Amerika Syarikat; 11-7, 11-5 dan 11-9 dalam kategori B-17.

Kejohanan bermula sejak Rabu diadakan di empat venue iaitu Edgbaston Priory Club, University of Birmingham Sport & Fitness club, Solihull Arden Club dan West Warwickshire Sports Complex.

Disiarkan pada: January 4, 2020 @ 5:17pm
d