arena

Jasazrin atau Khairul Amri kapten?

Oleh Asrol Awang

DUA pemain senior Felda United FC iaitu Jasazrin Jamaluddin dan Khairul Amri Kamal dikatakan pilihan utama dilantik kapten kelab itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Komitmen dan displin tinggi dipersembahkan kedua-dua pemain itu sepanjang musim lalu menjadi pilihan terakhir pengendali The Fighters, Mohd Nidzam Jamil.

Pemilihan sama ada Jasazrin atau Khairul Amri dibuat selepas kapten musim lalu, Hadin Azman membuat keputusan meninggalkan Felda United bagi saingan Liga M musim 2020.

Hakikatnya, Mohd Nidzam mengakui dua pemain berkenaan adalah pilihan utama sebelum memutuskan individu yang layak memikul tugas selaku kapten itu.

"Setakat ini, saya masih lagi menilai prestasi kedua-dua pemain ini kerana mereka begitu komited dan turut membantu pemain muda ketika sesi latihan.

"Pengalaman yang mereka miliki diterjemahkan kepada pemain muda untuk memastikan Felda United mampu bersaing apabila berdepan pasukan yang memiliki pemain berpengalaman dan berkaliber," katanya.

Disiarkan pada: January 6, 2020 @ 3:57pm
d