arena

Wark 'kereta kebal baru' Terengganu

Oleh Malik Muhamad

BENTENG skuad Terengganu FC (TFC) musim ini akan lebih 'kebal’ selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mendapat khidmat pemain berdarah campuran Malaysia-Scotland, Stuart Wark, hari ini.

Bekas tonggak pasukan PDRM musim lalu berusia 31 tahun itu mengikat kontrak selama setahun bersama TFC dan kehadirannya pasti mampu memantapkan lagi skuad naib juara Piala Malaysia 2018 itu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh media rasmi TFC, pemain yang memulakan kariernya bersama kelab Lugar Boswell Thistle dalam Liga Scotland menjadi pilihan TFC selepas berjaya memikat barisan jurulatih pasukan itu.

“TFC hari ini menandatangani kontrak pemain baharu iaitu Stuart Wark untuk bersama pasukan TFC dan pemain itu menandatangani kontrak selama setahun bagi musim Liga Malaysia (Liga M) 2020.

“Pemain itu pernah mewakili Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Sabah, FELDA United, Pulau Pinang dan PDRM sebelum menyertai TFC.

“Wark hadir selaku pemain naturalisasi TFC dan akan bermain di posisi pertahanan selain boleh bermain di pelbagai posisi termasuk tengah.

Kehadiran pemain tinggi lampai itu diharap mampu memberi kelebihan kepada pasukan," demikian menurut kenyataan itu.

Disiarkan pada: January 6, 2020 @ 4:47pm
d