arena

'Minamino ada jiwa Liverpool...'

Oleh Agensi

TAKUMI Minamino yang membuat penampilan bersama sulung Liverpool menerima pujian daripada pengurus barunya, Jurgen Klopp yang menyifatkannya 'menyerlah' selepas melihat aksinya menentang Everton.

Bintang Jepun itu tidak mempunyai banyak masa mendapatkan keserasian selepas menandatangani kontrak bersama Liverpool dari Red Bull Salzburg, bulan lalu, disenaraikan dalam kesebelasan Liverpool pada aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Everton, malam tadi dan jelas tidak mengecewakan.

Skuad muda Reds mengesahkan kemenangan 1-0 ke atas musuh ketat mereka itu hasil jaringan sepakan menarik jarak jauh pemain berusia 18 tahun Curtis Jones.

Minamino beraksi selama 70 minit sebelum digantikan oleh Alex Oxlade-Chamberlain.

Aksi permainan kemasnya mendapat pujian Klopp yang mengatakan pemain terbabit sudah mengotakan janji awalnya.

“Dia pemain super, menyerlah, jelas sekali inilah jenis pemain kita mahu, pemain yang memang kita harapkan,” katanya.

“Pada perlawanan pertama berdepan pasukan tidak dikenali apatah lagi bukan pasukan siap sepenuhnya, itu pun sudah sukar.”

Disiarkan pada: January 6, 2020 @ 8:23pm
d