arena

Hatrik Ronaldo benam cabaran Cagliari

Oleh Reuters

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan hatrik pada babak kedua ketika membantu juara Serie A, Juventus membelasah Cagliari 4-0 di tempat sendiri malam ini sekali gus jaringan kelapannya dalam lima aksi terakhir.

Bintang Portugal itu memanfaatkan kelemahan pertahanan Cagliari bagi memecahkan kebuntuan jaringan empat minit selepas rehat sebelum menambah gol kedua menerusi penalti. Selepas membantu Gonzalo Higuain menjaringkan gol ketiga pada minit ke-81, Ronaldo melengkapkan hatrik menerusi serangan balas pantas seminit selepas itu.

Kemenangan itu membolehkan Juventus kekal di puncak Serie A dengan 45 mata daripada 18 perlawanan dengan Inter Milan di tempat kedua, tiga mata di belakang.

Ronaldo kini menjaringkan 15 gol musim ini termasuk 13 dalam Serie A.

Disiarkan pada: January 7, 2020 @ 12:15am
d