arena

Liverpool pakai jersi Nike

Oleh AFP

LIVERPOOL menandatangani perjanjian jersi bersama Nike dari musim 2020-21 untuk menggantikan New Balance, umum pendahulu Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Nike akan menyediakan jersi perlawanan, baju latihan serta baju perjalanan bagi pasukan lelaki, wanita dan akademi Liverpool selain jurulatih dan staf Yayasan Liverpool FC.

“Jersi ikonik kami adalah kunci utama sejarah serta identiti kami,” kata pengarah urusan Liverpool dan ketua pegawai komersial Billy Hogan.

“Kami menyambut baik kehadiran Nike dalam keluarga LFC sebagai pembekal rasmi baharu jersi kami dan menjangkakan mereka menjadi rakan penaja yang menakjubkan buat kelab, sama ada di negara sendiri dan global ketika kami terus menyemarakkan perkembangan penyokong di luar negara.”

Tiada angka diberikan bagi perjanjian bertahun-tahun itu dengan kerjasama itu dijangka bermula pada 1 Jun depan.

Liverpool kini mendahului 13 mata di puncak Liga Perdana dan semakin hampir memenangi kejuaraan liga utama Inggeris kali pertama sejak 1990.

Anak buah Juergen Klopp turut layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Disiarkan pada: January 7, 2020 @ 8:41pm
d