arena

Spurs tempang tanpa Sissoko

Oleh AFP

TOTTENHAM berdepan satu lagi isu kecederaan hari ini apabila pemain tengahnya Moussa Sissoko akan diketepikan sehingga April selepas menjalani pembedahan lutut.

Pemain Perancis itu mengalami kecederaan ligamen ketika tewas 0-1 kepada Southampton pada Tahun Baru.

“Susulan penilaian klinikal dan imbasan, Moussa Sissoko menjalani pembedahan ligamen di lutut kanannya,” kata Tottenham dalam satu kenyataan.

“Kakitangan perubatan kami akan memantau proses pemulihan Moussa sebelum menjalani rehabilitasi dengan kemungkinan kembali berlatih pada awal April.”

Sissoko terlepas sekurang-kurangnya 10 aksi Liga Perdana Inggeris, termasuk perlawanan menentang Liverpool, Manchester City, Chelsea dan Manchester United, selain kedua-dua aksi Tottenham dalam saingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara menentang pendahulu Bundesliga RB Leipzig.

Jose Mourinho juga bakal kehilangan tonggak utamanya Harry Kane dalam tempoh beberapa minggu ini selepas kapten England itu mengalami kecederaan hamstring di Southampton.

Disiarkan pada: January 8, 2020 @ 12:21pm
d