arena

20 pemain futsal dipanggil

Oleh BERNAMA

KETUA jurulatih kebangsaan, Chiew Chun Yong memanggil 20 pemain bagi kem latihan pusat bermula 23 Januari ini sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal Antarabangsa Thailand dari 2 hingga 8 Februari depan di Songkhla.

Chun Yong akan membuat penilaian pemain sepanjang lapan hari latihan pusat itu sebelum memutuskan senarai akhir 14 pemain yang akan membawa cabaran Malaysia pada kejuaraan yang turut disertai Iraq, Kuwait, Qatar dan Turkmenistan.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini, enam pasukan itu akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.

Thailand menganjurkan kejohanan jemputan itu sebagai medan ‘pemanas badan’ menjelang pusingan akhir Kejuaraan Futsal Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Ashgabat, Turkmenistan, Mac depan.

Malaysia tidak layak ke kelompok 16 pasukan terbaik Asia itu selepas gagal meraih tiga slot bagi zon Asean apabila terkandas pada peringkat kumpulan saingan Kejuaraan Futsal Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) di Vietnam, Oktober lalu.

Disiarkan pada: January 8, 2020 @ 11:13pm
d