arena

SAMB sasar tempat kelima M3

Oleh Nazri Abu Bakar

PASUKAN bola sepak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menyasarkan meraih kedudukan kelima saingan Liga M3 musim ini.

Pengurus pasukan, Fairullizam Ishak berkata, sasaran terbabit amat relevan dengan misi memperbaiki kedudukan kesembilan pada musim lalu.

Menurutnya, komitmen tinggi semua pemain amat ditagih dalam merealisasikan sasaran berkenaan tambahan semua pasukan yang menyertai M3 memiliki barisan mantap.

Katanya, bagi memperkuat jentera pasukan, SAMB kali ini bakal menyenaraikan seorang import bagi memperkasa persembahan pasukan.

“Pemain import terbabit masih dalam penilaian awal termasuk posisi yang sesuai untuk memimpin pemain tempatan. Dalam masa sama kami mengesahkan melantik bekas pemain Melaka, Kuala Lumpur, Johor FC dan Sarawak, Azizan Baba sebagai ketua jurulatih,” katanya.

Beliau berkata, dia juga berbangga dengan penyertaan dua bekas pemain skuad 2019 Mohamad Fakhrullah Rosli , Jasmir Menhat dan Muhamad Shyamierul Razmee Jasmi yang terpilih menyertai skuad Melaka United (MU) musim 2020.

Fairullizam berkata, ianya juga amat positif berikutan SAMB menjadi pentas membentuk sentuhan pemain lebih memberangsangkan bagi menyertai saingan liga kompetitif.

Disiarkan pada: January 9, 2020 @ 8:34pm
d