arena

Atletico ketepikan Barca untuk ke final Piala Super

Oleh AFP

ATLETICO Madrid melakar kejutan dalam Piala Super Sepanyol apabila mempamerkan kebangkitan mendebarkan untuk menewaskan Barcelona 3-2 pagi ini dan bakal berdepan Real Madrid pada final.

Barca dilihat semakin hampir beraksi menentang Real pada Ahad apabila mendahului Atletico 2-1 dengan baki perlawanan sembilan minit sebaliknya pertembungan membabitkan seteru Madrid di Arab Saudi untuk penentuan menjulang trofi.

Kesemua lima gol dijaringkan dalam aksi separuh masa kedua yang cukup ‘gila’ di Jeddah bermula dengan Koke meletakkan Atletico di depan, hanya 21 saat selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada waktu rehat.

Jaringan daripada Lionel Messi dan Antoine Griezmann menambah kerancakan perlawanan, dengan Atletico membalas dua jaringan lewat, Alvaro Morata menyempurnakan penalti pada minit ke-81 sebelum Angel Correa memastikan kemenangan minit ke-86.

Dalam tempoh itu, Barcelona juga mempunyai dua jaringan yang dibatalkan selepas tayangan VAR mendapati kedudukan ofsaid sementara Atletico dinafikan memperoleh penalti pada kedudukan 2-2 selepas bola terkena tangan Gerard Pique.

“Mereka mempunyai lebih banyak ruang daripada kami dan pada penghujung saingan ia menjadi penyebab kepada kami,” kata Griezmann.

“Kami melakukan banyak kesilapan dalam semuanya, dalam hantaran - saya fikir saya gagal membuat hantaran kepada Sam (Umtiti) sebelum gol kedua mereka - perkara kecil akan menyebabkan kekalahan dalam perlawanan anda, seperti dalam liga, dalam Liga Juara-Juara.”

Disiarkan pada: January 10, 2020 @ 6:52am
d