arena

Tiger Woods mula kempen PGA di LA

Oleh AFP

JUARA bertahan Masters, Tiger Woods akan beraksi pada acara Jelajah PGA AS pertama pada 2020 dalam masa dua minggu di Torrey Pines, umum juara utama 15 kali itu menerusi Twitter.

Woods akan bermain di Terbuka Farmers Insurance berhampiran San Diego sebelum menjadi tuan rumah Jemputan Genesis pada 13-16 Februari di Riviera berdekatan Los Angeles, di mana dia menjadi tuan rumah kejohanan.

“Teruja untuk permulaan musim ini @FarmersInsOpen dan @TGRLiveEvents' @thegenesisinv, tahun pertama kami sebagai jemputan," tweet Woods. "Jumpa anda tidak lama lagi pantai barat.”

Woods, yang berusia 44 tahun, memulakan musim 2019-20 dengan kemenangan di Kejohanan Tahun Zozo di Jepun untuk kejayaan Jelajah PGA AS ke 82, menyamai rekod dilakukan Sam Snead.

Dia mempunyai sejarah melakar kejayaan di Torrey Pines, menang lapan kali di permukaan lapang sasar berhampiran kawasan pantai, kebanyakan dilakukan pada 2013.

Ia juga di mana dia memenangi Terbuka AS 2008 dan di mana acara Terbuka AS dipertandingkan pada tahun depan.

Woods bersedia memulakan penyertaan kejohanan utama ke 85 pada April di Augusta National, di mana dia akan cuba dan mengatasi rekod Masters green jacket sebanyak enam kali untuk menyamai rekod dilakukan Jack Nicklaus, yang turut memegang rekod juara utama sepanjang zaman dengan 18.

Disiarkan pada: January 10, 2020 @ 8:51am
d