arena

Kesilapan punca Barca tewas

Oleh Reuters

KAPTEN Barcelona, Lionel Messi menyalahkan kesilapan semua pemain selepas tumpas 2-3 ke atas Atletico Madrid pagi ini sekali gus terlepas aksi final Piala Super Sepanyol yang berlangsung di Arab Saudi, Ahad ini.

Juara Liga Sepanyol itu yang dinafikan menerusi dua gol menerusi VAR, menguasai permainan babak kedua dengan mendahului lawan 2-1 pada baki 10 minit permainan hasil jaringan Messi dan Antoine Griezmann.

Namun Atletico mara ke final untuk berdepan Real Madrid Ahad ini, hasil gol penyamaan menerusi penalti yang disempurnakan Alvaro Morata sebelum Angel Correa muncul wira dengan gol kemenangan.

"Kami perlu bermain dengan penguasaan seperti hari ini sepanjang tahun ini tapi kena pastikan tidak melakukan kesilapan kanak-kanak seperti berlaku hari ini,” kata Messi.

"Kami menguasai permainan selama 80 minit perlawanan dengan asakan sepanjang masa dan mencipta banyak peluang.

“Tapi pada baki 10 minit terakhir, kami melakukan kesilapan besar dan tercicir.”

Disiarkan pada: January 10, 2020 @ 1:17pm
d