arena

Djokovic tarik diri di Adelaide

Oleh AFP

NOVAK Djokovic hari ini menarik diri daripada Adelaide Antarabangsa akan datang sekali gus memberi kesan kepada kejohanan baharu itu.

Pemain nombor dua dunia yang mengetuai Serbia dalam acara berpasukan pada Piala ATP di Sydney, di mana mereka berdepan Russia pada saingan Separuh Akhir pada hari ini.

Tiada alasan diberikan oleh pegawai kejohanan yang mengesahkan ketiadaannya daripada kejohanan ATP-WTA, di mana kategori wanita diketuai pemain ranking utama Ashleigh Barty.

“Kami tahu bagaimana kecewanya Novak mengenai tidak dapat beraksi di Adelaide tahun ini dan kami harap akan menerima penyertaannya pada kejohanan tahun depan,” kata pengarah kejohanan Alistair MacDonald.

“Kami faham keputusannya dan mengharapkan yang terbaik buatnya untuk peringatan kepada Piala ATP dan Terbuka Australia akan datang.”

Djokovic sudah merancang untuk menggunakan kejohanan gelanggang keras di Australia Selatan, bermula Ahad, sebagai persediaan akhir Grand Slam Terbuka Australia yang bermula dua minggu lagi.

Disiarkan pada: January 11, 2020 @ 11:15am
d