arena

'Minat, tapi belum masanya'

Oleh Agensi

CERVERA: Marc Marquez menolak sebarang kemungkinan untuk beraksi di Rali Dakar sebaik bersara daripada saingan MotoGP meskipun meminati sukan lasak itu.

Juara dunia kelas perdana MotoGP enam kali itu berkata, dia belum memikirkan untuk serius di dalam sukan itu.

“Saya meminati perlumbaan Rali Dakar kerana ia antara perlumbaan sangat sukar.

“Seperti yang anda ketahui, saya sememangnya amat menggemari segala cabaran dan Rali Dakar menawarkan cabaran yang sangat berbeza.

“Walaupun ketika ini saya mahu kekal bersaing di MotoGP, beraksi di Rali Dakar hanyalah sekadar impian pada masa depan,” katanya.

Jelas Marquez, untuk beraksi di Rali Dakar memerlukan persediaan yang cukup rapi.

“Beraksi di Rali Dakar bukan seperti berlumba pada setiap hari Ahad di MotoGP. Banyak persediaan perlu dilakukan yang membabitkan pelbagai sudut,” katanya.

Disiarkan pada: January 12, 2020 @ 6:15am
d