arena

Klopp tumpu gelaran bukan rekod

Oleh AFP

JARINGAN Roberto Firmino memastikan Liverpool mencatat rekod permulaan baik dalam antara lima liga teratas di Eropah selepas menewaskan Tottenham 1-0 awal pagi ini.

Namun, mengakhiri penantian 30 tahun untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris adalah fokus utama melakar sejarah yang menarik minat Jurgen Klopp.

Barisan kendalian Klopp memungut 61 mata daripada 21 perlawanan untuk mendahului selesa 16 mata di puncak dan beraksi kurang satu perlawanan mengatasi tempat kedua Leicester.

Spurs kini mempunyai jarak 31 mata dengan Reds di mana kedua-dua beraksi pada final Liga Juara-Juara musim lalu ketika Spur kekal di kedudukan kelapan liga, sembilan mata tersasar daripada kelompok empat teratas.

Begitupun, juara Eropah hampir dikejutkan oleh pasukan yang ditewaskan di Madrid Jun lalu ketika Son Heung-min dan Giovani Lo Celso terlepas peluang menjaringkan gol dalam 15 minit terakhir permainan.

“Masalahnya adalah kamu tidak akan dapat apa-apa untuk bahagian permulaan yang baik daripada angka,” kata Klopp.

“Jika orang ramai bercakap untuk 50 tahun... ia adalah permulaan terbaik, hebat, tapi satu perkara yang hanya menarik minat kami adalah apa yang kami boleh raikan pada musim panas.

“Hanya itu sahaja yang tinggal kerana liga ini begitu sengit, kerana kami berdepan banyak lawan yang kuat.

“Saat di mana kami mempunyai mata yang mencukupi apabila semua orang tidak dapat menyaingi kami lagi, kemudian kita akan mula bercakap mengenainya. Sehingga kini saya tidak begitu berminat.”

Kegagalan Lo Celso memanfaatkan peluang menghasilkan jaringan membuatkan Jose Mourinho mula tidak senang duduk selepas hanya mencatat dua kemenangan pada lapan perlawanan terakhir dalam semua kejohanan.

“Liverpool sudah bekerja dengan jurulatih ini dalam tempoh lima tahun. Pemain sememangnya dapat menyesuaikan diri dengan fizikal bola sepak yang mahu dimainkan jurulatih itu,” kata Moutinho.

“Jika kami cuba untuk beraksi seperti apa yang kami lakukan pada 20 minit terakhir daripada permulaan, saya fikir kita akan tumbang kerana pemain tidak biasa dengan cara itu.

“Kami tahu bahawa (Erik) Lamela, Giovani, boleh mengubah rentak permainan pada 25-30 minit terakhir. Saya fikir kami berhak mendapat keputusan yang lebih baik.”

Disiarkan pada: January 12, 2020 @ 7:48am
d