arena

Jaringan Ibrahimovic bantu Milan

Oleh AFP

BINTANG veteran Sweden, Zlatan Ibrahimovic berkata dia berasa seperti ‘segar’ ketika tampil dalam kesebelasan utama buat pertama kali di AC Milan dengan menjaringkan gol ketika menang 2-0 ke atas Cagliari, awal pagi ini.

Sementara, jaringan tunggal Ciro Immobile buat Lazio yang berdepan Napoli dalam usaha memburu kejuaraan sekali gus melebarkan rekod kemenangan berturut-turut dalam 10 perlawanan.

Ibrahimovic, 38, dimasukkan sebagai pemain gantian ketika pasukan itu seri tanpa jaringan berdepan Sampdoria minggu lalu, sehari selepas dia kembali ke Itali.

Namun dia beraksi keseluruhan perlawanan di Sardinia menjaringkan gol selepas 64 minit untuk gol pertama di Milan sejak meninggalkan kelab itu untuk menyertai Paris Saint-Germain lapan tahun lalu.

“Saya akan meraikannya di San Siro, tidak di sini,” katanya. “Saya bersyukur kepada Tuhan setiap kali saya dapat menjaringkan gol, ketika itu saya berasa amat segar!”

Penyerang Portugal, Rafael Leao, 20, menjaringkan gol pembukaan hanya selepas waktu rehat ketika Milan memperoleh kemenangan pertama sejak mengatasi Bologna 3-2 pada 8 Disember.

Sejak itu barisan kendalian Stefano Pioli menamatkan dua perlawanan dengan keputusan seri tanpa jaringan dan berdepan kekalahan memalukan ke atas Atalanta, 0-5.

Milan melonjak di tangga ke lapan dalam carta liga, 10 mata untuk berada dalam kelompok kelayakan Liga Juara-Juara.

“Yang paling penting saya rasa sangat bagus,” tambah Ibrahimovic, yang meninggalkan kelab MLS Amerika, Los Angeles Galaxy pada Oktober lalu.

Disiarkan pada: January 12, 2020 @ 8:22am
d