arena

Solskjaer puji aksi Rashford

Oleh AFP

MARCUS Rashford melakar penampilan ke 200 buat Manchester United dengan dua gol bergaya dalam kemenangan 4-0 ke atas Norwich sekali gus membuatkan pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer menjangkakan pemain itu mampu melakukan yang lebih baik.

Anthony Martial dan aksi pemain muda yang mencuri perhatian Mason Greenwood turut meledak jaringan ketika skuad kendalian Solskjaer meneruskan usaha untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan menerusi kedudukan empat pasukan teratas liga.

Namun kesemua prospek itu bergantung kepada kecergasan berterusan pada Rashford, yang berjaya meledak dalam tempoh satu jam sebelum digantikan dan semakin menunjukkan keyakinan untuk beraksi pada perlawanan timbal balik berdepan Wolves di pusingan ketiga Piala FA pada awal pagi Khamis ini selepas tidak beraksi pada perlawanan pertama berikutan kecederaan.

Solskjaer mengakui dia terpaksa menguruskan kecergasan Rashford dengan berhati-hati dan aksi pemain berusia 22 tahun itu yang kini menjaringkan 19 gol dalam 23 perlawanan lalu buat United dan England.

“Pencapaian yang membanggakan, untuk bermain dalam 200 perlawanan pada usia sepertinya,” kata bos warga Norway itu.

“Saya tidak tahu berapa banyak lagi gol dia boleh jaringkan tapi dia mempunyai 19 (untuk United) musim ini dan dia sememangnya berada di kelas tinggi malah cukup senang berkerja sama dengannya.

“Dia pemain yang hebat, mempunyai sikap yang bagus, dia mahu belajar, mahu memperbaiki tapi tahu dia harus memastikan boleh beraksi tapi dia sentiasa bersedia sekalipun hari ini di asak dengan beberapa terjahan.

“Dia sudah beraksi banyak perlawanan, saya mungkin akan melihat bagaimana untuk menguruskannya tetapi sudah tentu dia akan mendapat peluang yang lebih baik. Dia mempunyai semuanya untuk menjadi pemain berkualiti tinggi.”

Disiarkan pada: January 12, 2020 @ 9:01am
d