arena

Latiff mahu cabaran baharu

Oleh Malik Muhamad

MAHUKAN cabaran baharu selain ingin membalas kepercayaan pasukan yang kali pertama diwakilinya sejak bergelar pemain profesional pada 2011 mendorong bekas pemain Selangor musim lalu, Abdul Latiff Suhaimi berkelana ke Pulau Pinang musim ini.

Abdul Latiff yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan mengakui sukar untuk menolak tawaran yang hadir melalui jurulatih Pulau Pinang, Manzoor Azwira Abdul Wahid.

“Selain itu kehadiran bebera pemain berpengalaman turut menarik minat saya bersama pasukan itu.

“Ditambah pula kehadiran pemain import Korea Selatan, Lee Chang Hoon dan dua pemain kelahiran Brazil, Anselmo Arruda da Silva dan Endrick Santos, ia bakal menambah lagi kekuatan pasukan,” katanya.

Pemain yang pernah membantu Terengganu FC (TFC) mara ke final Piala Malaysia 2018 itu menuntut rakan sepasukannya memberikan komitmen 100 peratus bagi mengembalikan zaman kegemilangan Pulau Pinang.

“Secara peribadi saya harap dapat tingkatkan prestasi diri selain ulangi persembahan seperti ketika membantu TFC kembali beraksi dalam saingan Liga Super pada 2018 dan FELDA United pada 2014,” katanya.

Disiarkan pada: January 16, 2020 @ 11:46pm
d