arena

Pellegrini bawa Roma ke suku akhir

Oleh AFP

PERANCANG tengah Itali, Lorenzo Pellegrini meledak dua gol untuk membantu Roma mara ke suku akhir Piala Itali selepas menewaskan Parma, 2-0, awal pagi ini.

Dalam perlawanan membabitkan pasukan di tangga kelima Roma dan Parma di kedudukan ketujuh liga itu, kedua-dua pasukan berusaha memburu kemenangan di Stadium Ennio Tardini selepas mencatat siri kekalahan berturut-turut dalam liga.

Pellegrini, 23, menjaringkan gol selepas waktu rehat dan menambah gol kedua menerusi penalti pada minit ke 76 selepas bola terkena tangan Antonino Barilla di kawasan kotak penalti.

Roma akan berdepan Juventus pada saingan suku akhir di Stadium Allianz selepas pemenang rekod 14 kali piala itu membenam Udinese 4-0 semalam.

Roma kedua daripada Juventus dalam bilang kejuaraan piala iaitu sembilan, kebanyakannya pada 2008.

Penyandang gelaran Lazio mudah mengatasi skuad Serie B, Cremonese, 4-0 di Rome, kelmarin, dengan finalis tahun lalu Atalanta gagal mara selepas tewas 1-2 kepada 10 pemain Fiorentina.

Inter Milan menewaskan Cagliari 4-1 sementara seteru kota raya AC Milan mengetepikan SPAL, 3-0, dengan bintang yang baru ditandatangani mereka Zlatan Ibrahimovic berada di bantu simpanan.

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala Itali

21 Januari

Napoli mln Lazio

22 Januari

Juventus mln AS Roma

28 Januari

AC Milan mln Torino

29 Januari

Inter Milan mln Fiorentina

Disiarkan pada: January 17, 2020 @ 7:44am
d