arena

Aura baharu Stadium Darul Aman

Oleh Izzali Ismail

STADIUM Darul Aman (SDA) kini berwajah baharu bercirikan identiti Lang Merah selepas menjalani proses naik taraf bagi menghadapi aksi kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 21Januari ini.

Ini bagi memenuhi syarat utama ditetapkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum bermula perlawanan kelayakan pusingan kedua Kedah menentang wakil Hong Kong, Tai Po FC Selasa ini.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris pada lama sosialnya beberapa hari lalu, SDA akan digunakan kembali ketika menentang Tai Po FC selepas melalui proses baikpulih.

"Semua syarat utama ditetapkan AFC adalah perkara asas yang perlu diikuti dan dilengkapi KFA dan pihak Stadium Darul Aman sebelum bermula saingan kelayakan ACL ini.

"Antara pembaharuan dan penambaikan ialah kamera litar tertutup (CCTV), papan skor LED (Full HD), bilik siaran media, bilik persalinan pemain, kerusi tempat duduk penonton, cahaya lampu limpah padang yang amat baik dan lain-lain persiapan termasuk aspek keselamatan yang telah ditetapkan.

"Kesempatan meninjau keseluruhan penambahbaikan amat memuaskan hati Ahli Eksekutif KF yang turut hadir sama bagi menyaksikan sendiri wajah baharu stadium, " katanya.

Disiarkan pada: January 18, 2020 @ 2:09pm
d