arena

Bahana permainan video

Oleh AFP

TANGAN kanan pemain tenis Perancis, Gael Monfils lebam selepas bermain permainan video namun mengakui kecederaan berkenaan tidak akan mengganggunya menjelang perlawanan Terbuka Australia Selasa ini.

Dia yang diletakkan sebagai pemain pilihan ke-10 akan berdepan Lu Yen Hsun dari Taiwan pada aksi pembukaan dan kecederaan berkenaan dialaminya bulan lalu.

Pemain berusia 33 tahun itu beraksi di Piala ATP pada awal tahun ini namun memberitahu wartawan hari ini tangannya masih lagi belum pulih sepenuhnya dan tidak mampu melakukan pukulan voli sebanyak mungkin.

“Ketika itu saya sedang bermain permainan video di dalam bilik dan tangan kanan saya terkena kepala katil.

“Rawatan yang paling mujarab adalah berehat namun saya tidak dapat berbuat demikian dan saya hanya mengambil ubat penahan sakit serta meletakkan ais.

“Ia semakin sembuh, saya sangat positif, malah selepas aksi yang memenatkan saya harus berehat dalam tempoh seharian sebelum menyambung semula latihan,” katanya.

Disiarkan pada: January 19, 2020 @ 9:18pm
d