arena

Westwood ceriakan peminat Burnley

Oleh Reuters

BURNLEY bangkit dari ketinggalan untuk menumpaskan Leicester City 2-1 di Turf Moor sekali gus menamatkan prestasi buruk mereka tumpas empat kali berturut-turut bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)

Sean Dyche gagal menjaringkan gol pada separuh masa pertama buat kali ke-11 perlawanan liga dan keadaan mereka bertambah buruk apabila pemain tengah, Harvey Barnes meletakkan pelawat di depan hasil gerakan solo menarik pada minit ke-33.

Tuan rumah bangkit pada separuh masa kedua melalui jaringan penyamaan Chris Wood berpunca daripada bola yang ditampan penjaga gol, Kasper Schmeichel hasil tandukan Ben Mee.

Leicester, yang menduduki tangga ketiga, mempunyai peluang untuk kembali di depan selepas Mee menjatuhkan Barnes di dalam petak penalti, namun penjaga gol, Nick Pope berjaya menyelamatkan sepakan penalti Jamie Vardy.

Ashley Westwood muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan kemenangan ketika perlawanan berbaki 11 minit dan membantu Burnley melonjak ke tangga ke-14 liga.

Disiarkan pada: January 20, 2020 @ 12:33am
d