arena

Serena, Naomi mara pusingan kedua

Oleh Reuters

JUARA tujuh kali Terbuka Australia, Serena Williams memulakan kempen ke-19nya di Melbourne Park dengan bergaya apabila menewaskan Anastasia Potapova 6-0, 6-3 hari ini.

Serena, 38, yang menyertai Grand Slam pertama tahun ini selepas menjuarai trofi pertama WTA dalam tempoh tiga tahun menang mudah selepas tiada tentangan diberikan pemain muda Russia di Rod Laver Arena.

Pukulan kilas kencang pilihan kelapan itu pada set pertama menamatkan perlawanan dalam tempoh kurang 20 minit dan walaupun bekas juara junior Wimbledon, Anastasia cuba bangkit pada set kedua, Serena mengakhiri perlawanan dalam tempoh kurang sejam.

Serena akan berdepan sama ada pemain Slovenia, Tamara Zidansek atau pemain kelayakan Korea Selatan, Han Na-lae pada pusingan kedua dalam misi menyamai rekod Margaret Court yang merangkul 24 gelaran Grand Slam.

Sementara itu, juara bertahan, Naomi Osaka turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain Czech, Marie Bouzkova 6-2, 6-4 hari ini.

Pemain Jepun berusia 22 tahun itu yang muncul atlet wanita kedua menerima bayaran paling mahal selepas Serena bakal menentang pemain China, Zheng Saisai yang hanya memerlukan 72 minit menewaskan pemain kelayakan dari Russia, Anna Kalinskaya 6-3, 6-2.

Grand Slam pertama tahun ini diteruskan semalam walaupun ruang udara Melbourne tercemar dengan jerebu angkara kebakaran hutan.

Disiarkan pada: January 20, 2020 @ 11:22am
d