arena

Jersi Kedah 'licin' sekelip mata

Oleh Izzali Ismail

JUALAN jersi ketiga Kedah bercorak petak yang dimulakan semalam dengan warna identiti skuad Lang Merah mendapat sambutan luar biasa oleh penyokong Kedah di gerai jualan di perkarangan Astaka Utama Stadium Darul Aman.

Penjualan beberapa saiz pilihan digerai jualan oleh pihak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) 'licin' dalam tempoh dua jam sejak ia dijual.

“Pihak KFA dan Lotto merakamkan penghargaan buat semua penyokong Kedah yang tidak melepaskan peluang mendapatkan jersi ketiga di perkarangan Astaka Utama Stadium Darul Aman.

“Dikhabarkan juga stok di outlet berhampiran turut kehabisan stok. Semua stok habis dijual dan Lotto akan mendapatkan stok semula bagi dijual pada hari perlawanan esok,” kata KFA di media sosial rasmi mereka.

Sementara itu laman facebook salah satu kelab penyokong juga memaklumkan jersi ketiga ‘licin' dalam tempoh 10 minit di pusat jualan berasingan.

Disiarkan pada: January 20, 2020 @ 9:44pm
d