arena

Maria tersingkir awal

Oleh Reuters

BEKAS juara, Maria Sharapova bangkit mempamerkan prestasi lebih mantap sebelum tersingkir 3-6, 4-6 pada pusingan pertama Terbuka Australia di tangan pemain Croatia, Donna Vekic di Rod Laver Arena, hari ini.

Pemain Russia berusia 32 tahun itu tampak masih terjejas dengan kecederaan bahu yang menjejaskan penampilan kompetitif pertamanya sejak tewas pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu.

Donna jelas lawan lebih hebat di atas gelanggang yang menyaksikan Maria muncul juara pada 2008 dan pilihan ke-19 itu mendahului 5-1 pada set pertama sebelum bekas pemain nombor satu dunia itu kembali temui rentak.

Maria memaksa Donna bekerja keras untuk menamatkan perlawanan dan mendahului 4-1 pada set kedua tetapi gagal mengekalkan momentum apabila tewas lima ‘game’ terakhir sekaligus penyingkiran terawalnya di Melbourne Park sejak 2010.

Disiarkan pada: January 21, 2020 @ 12:43pm
d