arena

SAMB FC tarik diri sertai Liga M3

Oleh Nazri Abu Bakar

PASUKAN SAMB FC sah menarik dari daripada saingan Liga M3 musim ini. Pengurus pasukan, Fairullizam Ishak berkata, keputusan awal adalah kekal dalam saingan liga berkenaan namun disebabkan masalah penajaan dan kekangan kewangan memaksa pasukan menarik diri.

"Tambahan keputusan mengejut presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Khalid Nasir meletakkan jawatan. Pengurusan baru tidak begitu setuju idea memberi peruntukan kepada SAMB FC untuk M3 dengan fokus perbelanjaan adalah kepada perkara berkait tanggungjawab hakiki," katanya.

Menurutnya, ianya juga antara persediaan mengharungi krisis bekalan air yang dijangka dalam masa terdekat.

Beliau berkata, walaubagaimanapun, pasukan itu tetap akan menyertai Liga M4 (Liga Divisyen 1 Melaka) musim ini.

Fairullizam berkata, skuad terbabit menamatkan saingan Liga M3 di kedudukan kelapan selepas merekodkan sembilan kemenangan, enam seri dan 11 kekalahan musim lalu.

Katanya, beberapa pemain skuad SAMB FC juga sudah pun mengikat kontrak menyertai Melaka United antaranya Mohamad Fakhrullah Rosli , Jasmir Menhat dan Muhamad Shyamierul Razmee Jasmi.

Disiarkan pada: January 23, 2020 @ 11:45pm
d