arena

Valencia ujian sebenar Setien

Oleh AFP

ERA baru Barcelona bermula positif apabila melakar dua kemenangan berturut-turut tetapi kunjungan ke Valencia esok akan benar-benar menguji kemampuan pengendali baru Barcelona, Quique Setien.

Selepas menewaskan Granada 1-0 dan memperoleh dua gol lewat permainan untuk menewaskan Ibiza 2-1, Barcelona dilihat masih belum meyakinkan di bawah bimbingan Setien.

Ketika bertemu Granada, Barcelona jelas mendominasi perlawanan namun gagal meledak lebih banyak gol.

Hanya jaringan kemenangan Lionel Messi pada minit ke-76 menyelamatkan maruah Barcelona dan itu pun selepas Granada beraksi dengan 10 pemain.

Ketika dilantik minggu lalu, Setien mengakui agak janggal membimbing kelab yang kini menduduki carta teratas La Liga dan apa yang diperlukan daripadanya adalah suntikan baru untuk kelab.

“Saya terkejut dengan keinginan pemain untuk menerima beberapa perubahan yang dilakukan.

“Mereka perlu memahami apa yang anda mahukan,” katanya.

Disiarkan pada: January 24, 2020 @ 11:15am
d