arena

Syazrul boleh buat rayuan

Oleh Aida Adilah Mat

ATLET olahraga yang digantung selama empat tahun selepas didapati positif doping dibenarkan membuat rayuan terhadap hukuman itu.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk SM Muthu berkata, rayuan perlu dibuat Muhammad Syazrul Adli Saiful Adli, 18, dalam tempoh 30 hari kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi mengurangkan tempoh hukuman.

SM Muthu memaklumkan perkara itu pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa doping KOM yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, atlet dari Pulau Pinang itu digantung selama empat tahun selepas didapati positif doping di Kejohanan Tertutup Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) tahun lalu.

Muthu berkata, hukuman empat tahun itu adalah mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) selepas Syazrul tidak dapat menimbulkan keraguan wujudnya orang ketiga yang terbabit ketika dia mengambil bahan terlarang itu.

Sampel air kencing Syazrul didapati positif methasterone dan oxymetholone, sejenis steroid androgenik anabolik ketika beraksi dalam acara 4x100 meter tahun lalu.

Berita berkaitan:

  • Atlet muda digantung 4 tahun
  • Disiarkan pada: January 24, 2020 @ 1:35pm
    d