arena

Rooney gagal beri impak

Oleh Reuters

BEKAS kapten England, Wayne Rooney gagal memberi inspirasi kepada pasukannya, Derby County selepas sekadar seri tanpa jaringan berdepan kelab Divisyen empat, Northampton dalam aksi pusingan keempat Piala FA, awal pagi ini.

Penyerang Northampton, Vadaine Oliver hampir meledak gol di separuh masa pertama namun percubaannya sekadar menggegar palang manakala Derby gagal melakukan percubaan tepat ke arah pintu gol lawan itu.

Kedua-dua pasukan akan beraksi dalam perlawanan ulangan selepas ini.

Derby mendakwa pemain Northampton, Charlie Goode sepatutnya dilayangkan kad merah selepas mengasari Jack Marriott namun pengadil tidak mengendahkan bantahan yang dibuat.

Sementara itu, Sheffield Wednesday mencatat kemenangan 2-1 ke atas Queens Park Rangers manakala Liverpool, Manchester City dan Manchester United akan turun beraksi, esok menentang kelab divisyen bawahan.

Disiarkan pada: January 25, 2020 @ 8:55am
d