arena

Iheanacho wira Leicester

Oleh AFP

LEICESTER City melangkah ke pusingan kelima selepas menewaskan Brentford 1-0 menerusi gol tunggal Kelechi Iheanacho.

Beraksi cemerlang di Liga Perdana apabila ketika ini menduduki tangga ketiga, Leicester dijangka melalui musim terbaik sepanjang tahun ini.

Leicester yang belum pernah memenangi Piala FA, berharap mampu melangkah ke pentas final sejak 1969.

Pada saingan Piala Liga, mereka sudah melangkah ke separuh akhir dan akan berkunjung ke Aston Villa pada aksi timbal balik Selasa ini selepas seri 1-1 pada perlawanan pertama di Stadium King Power.

Brendan Rodgers melakukan sembilan pertukaran berbanding ketika mencatat kemenangan ke atas West Ham pada saingan Liga Perdana dengan hanya Caglar Soyuncu dan Ayoze Perez berada dalam kesebelasan utama bertemu Brentford buat kali pertama sejak 1993.

Di sebalik ketiadaan Jamie Vardy yang mengalami kecederaan, Leicester hanya memerlukan empat minit untuk mencetak gol menerusi Iheanacho.

Ia adalah gol ketujuh Iheanacho sepanjang 12 penampilan musim ini.

Disiarkan pada: January 26, 2020 @ 9:38am
d