arena

Djokovic cemerlang, Jabeur lakar sejarah

Oleh Reuters

NOVAK Djokovic meneruskan aksi cemerlangnya di Terbuka Australia apabila berjaya mengatasi Diego Schwartzman 6-3 6-4 6-4 sekali gus mara ke suku akhir di Melbourne Park buat kali ke-11.

Juara tujuh kali itu mempamerkan aksi bertenaga pada saingan Grand Slam pertama itu apabila perlu bekerja keras menewaskan lawannya dari Argentina selama dua jam.

Djokovic yang juga juara bertahan akan bertemu Milos Raonic di suku akhir, lawan yang ditewaskannya sebanyak sembilan kali sebelum ini.

Sementara itu, pemain Tunisia, Ons Jabeur menewaskan wakil China, Wang Qiang 7-6(4) 6-1 untuk muncul pemain wanita Arab pertama mara ke suku akhir saingan Grand Slam.

Jabeur yang menewaskan bekas pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki sebelum ini, sekali lagi mempamer aksi meyakinkan.

Kedua-dua pemain dilihat bergelut pada set pertama sebelum Jabeur mengesahkan kemenangan di tie-break.

Prestasi Wang merosot di set kedua sebelum terpaksa akur dengan kemenangan Jabeur.

Disiarkan pada: January 26, 2020 @ 3:04pm
d