arena

FELDA United laungkan amaran

Oleh Asrol Awang

PENGENDALI FELDA United FC,Nidzam Jamil mahu meletakkan kelab itu antara pencabar utama dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, pencabar bermaksud lebih kepada aksi perlawanan iaitu lawan bakal berdepan kesukaran apabila bertemu The Fighters.

“Saya tidak cakap kami akan memburu kejuaraan dalam Liga M tetapi kami mahu buktikan bahawa FELDA United musim ini antara pasukan sukar dikalahkan.

“Berdasarkan komitmen semua pemain, mereka begitu komited dan bersemangat untuk meletakkan pasukan berada pada prestasi terbaik.

“Mereka sentiasa bersedia untuk berdepan cabaran apabila bertemu pasukan yang memiliki nama besar dan barisan pemain berpengalaman.

“Pada masa sama, kehadiran lima pemain import juga diharap dapat mengimbangi dan membantu memperkasakan pasukan,” katanya.

Musim ini, The Fighters yang menyandarkan sebahagian besar pemain muda terutama anak FELDA.

Namun, kelab itu memiliki lima pemain import iaitu Khairul Amri Kamal dari Singapura, Ryutaro Megumi (Jepun), Nicholas Velez (Argentina), Nikola Raspopovic (Serbia) dan Frederic Bulot (Gabon).

Disiarkan pada: January 26, 2020 @ 7:15pm
d