arena

Nainggolan hampakan Inter

Oleh Reuters

PASUKAN ditempat kedua Serie A, Inter Milan seri 1-1 buat kali ketiga berturut-turut selepas pemain yang dipinjamkan mereka kepada Cagliari musim ini, Radja Nainggolan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua.

Pemain antarabangsa Belgium itu, yang sebelum ini diberitahu jurulatih Antonio Conte bahawa dia tidak mempunyai tempat dalam skuad Inter, mengejutkan San Siro dengan jaringan pada minit ke-78 sekali gus memadam gol pembukaan Lautaro Martinez.

Martinez pula diperintah keluar padang pada masa kecederaan berikutan reaksinya selepas menerima kad kuning dan dia terpaksa ditenangkan serta dibawa keluar oleh rakan sepasukan selepas itu.

Inter sekarang ini mengutip 48 mata selepas 21 perlawanan, tiga mata di belakang Juventus dan tiga mata di depan pasukan tempat ketiga, Lazio.

Selepas berdepan masalah kecederaan dan penggantungan membabitkan tonggak tengah, Inter menurunkan Ashley Young buat kali pertama dan bekas pemain Manchester United itu melakukan hantaran lintang pada minit ke-29 sebelum ia disudahkan Martinez.

Joap Pedro yang melakukan hantaran leret di hujung padang berjaya menemui Nainggolan sebelum melepaskan rembatan rendah dari jarak 25 meter dan terkena kaki pertahann lawan sebelum bola menerjah jaring.

Disiarkan pada: January 27, 2020 @ 12:33am
d