arena

Kojie sertai Sarawak United

Oleh Asrol Awang

IMPIAN Mohd Fauzi Rozlan untuk kekal bermain dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini menjadi kenyataan sebaik diterima menyarung jersi Sarawak United.

Mohd Fauzi atau Kojie berkata, dia berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan Sarawak United dalam memperkasakan kelab berkenaan.

"Saya harap kepercayaan yang diberi pengurusan kelab dapat dibalas dengan kejayaan dalam usaha membantu Sarawak United beraksi di Liga Super bagi musim 2021.

"Sudah pasti saya gembira sebaik diterima menyertai Sarawak United selepas kontrak bersama Kelantan berakhir musim lalu.

"Dengan sokongan daripada pengurusan serta kerjasama yang diberikan rakan sepasukan, saya percaya Sarawak United mampu memberi saingan dalam Liga M terutama dalam Liga Perdana," katanya.

Mohd Fauzi berkata, komitmen yang diberikan pengurusan kelab diharap meletakkan Sarawak United pada prestasi terbaik biarpun perlu berdepan cabaran getir musim ini.

Disiarkan pada: January 27, 2020 @ 8:37pm
d