arena

Pogba 'gigil' nak beraksi

Oleh Reuters

PEMAIN tengah Manchester United, Paul Pogba ‘terdesak’ untuk beraksi selepas kecederaan pada pergelangan kaki berjaya diatasi susulan pembedahan awal bulan ini namun tiada masa tetap untuk pemain Perancis itu kembali kata pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer.

Pemain berusia 26 tahun itu hanya melakukan lapan penampilan dalam semua kejohanan pada musim ini dan disisihkan hampir tiga bulan dalam kempen sebelum memutuskan untuk menjalani pembedahan.

“Paul mengharungi musim yang teruk dengan kecederaan, dia terdesak untuk bermain bola sepak,” kata Solskjaer menjelang pertembungan separuh akhir berdepan Manchester City awal pagi esok di mana mereka melihat untuk mengubah defisit 1-3 pada perlawanan pertama.

“Agak sukar untuk menetapkan masa kepada kecederaan jangka panjang.. dia gemar bermain dan dia juga suka menjalani latihan malah ia bermain di kotak fikirannya.

“Saya melihat seorang budak lelaki yang kecewa kerana dihimpit kecederaan.. Paul sentiasa seorang pemain yang profesional. Saya tidak ragu-ragu apabila di kembali dia akan menggembirakan dirinya,” tambah Solskjaer.

Pengendali Norway itu menambah United sedang mengadakan perbincangan untuk lanjutan kontrak Nemanja Matic yang akan berakhir hujung musim ini.

Pemain tengah Bruno Fernandes semakin pasti untuk tiba dengan Sky Sports melaporkan United sudah bersetuju dengan yuran perpindahan sekitar 68 juta pounds (RM361.10 juta) dengan kelab Portugal, Sporting Lisbon.

Disiarkan pada: January 29, 2020 @ 1:17pm
d