arena

Zverev musnah impian Wawrinka

Oleh AFP

PEMAIN muda Jerman, Alexander Zverev mara ke separuh akhir pertama Grand Slam selepas bangkit tewas set pertama untuk menghampakan impian pemain veteran, Stan Wawrinka di Terbuka Australia, hari ini.

Pilihan ketujuh itu bergelut di set pertama tetapi kembali temui rentak pada set berikutnya sebelum menewaskan juara 2014 itu, 1-6, 6-3, 6-4, 6-2 dalam cuaca panas di Rod Laver Arena.

Dia akan menentang pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal atau pilihan kelima dari Austria, Dominic Thiem pada separuh akhir dengan Novak Djokovic atau Roger Federer menunggu di final.

"Saya sangat teruja,” kata Zverev yang mendermakan $10,000 (RM40,000) untuk setiap kemenangan di Melbourne Park kepada mangsa kebakaran hutan malah sedia menyumbang Aus$4.12 juta (RM11.35 juta) jika dia muncul juara.

"Saya beraksi cemerlang di kejohanan dan perlawanan lain tetapi gagal di Grand Slam. Anda boleh bayangkan betapa bermakna kemenangan ini kepada saya. Saya harap kejayaan ini bukan yang pertama dan terakhir.”

Disiarkan pada: January 29, 2020 @ 6:37pm
d