arena

Nadal sedih hasrat tak tercapai

Oleh AFP

RAFAEL Nadal berkata, dia sedih selepas tersingkir daripada saingan Terbuka Australia hari ini yang meleburkan hasratnya menyamai pencapaian rekod 20 Grand Slam milik Roger Federer tetapi tetap mengagumi kemampuan Dominic Thiem.

Pemain nombor satu dunia dari Sepanyol itu dikejutkan pilihan kelima dari Austria pada suku akhir, kehilangan tiga tie-breaker ketika tewas 7-6 (7/3), 7-6 (7/4), 4-6, 7-6 (8/6) dalam tempoh 4 jam 10 minit.

Federer masih lagi berjuang dalam kejohanan itu dan menentang Novak Djokovic untuk slot ke final esok ketika bintang Switzerland yang sudah berusia itu memburu gelaran Slam ke-21.

"Sudah tentu saya kecewa. Saya terlepas peluang mara ke separuh akhir dalam satu lagi Grand Slam,” kata Nadal. “Tetapi saya tewas kepada pemain yang hebat dan dia berhak menang.”

Kekalahan itu bermakna Nadal, 33, perlu menunggu setahun lagi untuk mencuba menjadi pemain lelaki pertama pada era Terbuka dan hanya yang ketiga dalam sejarah menjuarai semua empat gelaran utama dua kali selepas Roy Emerson dan Rod Laver.

Disiarkan pada: January 29, 2020 @ 11:32pm
d