arena

City tewas namun mara ke final

Oleh Reuters

MANCHESTER City tewas 0-1 kepada Manchester United pagi ini namun mara ke final Piala Liga dengan kelebihan menerusi agregat 3-2 dan akan berdepan Aston Villa di Wembley.

Jaringan Nemanja Matic pada minit ke 35 memberikan kemenangan buat United di Stadium Etihad namun pemain tengah itu kemudiannya di perintah keluar padang dan ia tidak cukup untuk mengubah defisit 3-1 daripada perlawanan separuh akhir pertama di Old Trafford.

Matic mengejutkan pasukan tuan rumah dengan jaringan separuh voli ketika City gagal mengeluarkan bola hasil sepakan bebas Fred dalam serangan awal pada perlawanan itu.

Namun pemain Serbia di layangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua kerana melakukan kekasaran dalam tempoh 15 minit dan United gagal memperoleh gol kedua yang mungkin membolehkan kedudukan seri menerusi agregat untuk membawa perlawanan kepada penentuan penalti.

Perlawanan final akan berlangsung pada 1 Mac dengan City memburu trofi buat tahun ketiga berturut-turut dan empat kali dalam lima musim.

Disiarkan pada: January 30, 2020 @ 6:52am
d