arena

Jadi pengajaran buat City

Oleh AFP

PEP Guardiola menyarankan Manchester City mengambil pengajaran ketika tewas 0-1 di laman sendiri kepada Manchester United awal pagi ini walaupun mara ke final Piala Liga dengan agregat 3-2.

Penyandang gelaran itu menguasai sebahagian besar permainan tetapi gagal menembusi gawang yang dikawal David de Gea.

Sebelum ketinggalan hasil serangan pertama United pada 10 minit sebelum tamat babak pertama ketika Nemanja Matic meledak jaringan.

Harapan United untuk melakukan kebangkitan tidak kesampaian apabila Matic kemudiannya dibuang padang 15 minit sebelum tamat dan City bertahan untuk berdepan Aston Villa di Wembley pada 1 Mac ini.

“Dalam tempoh 180 minit kami lebih baik berbanding United,” kata Guardiola.

“Kami mencipta beberapa peluang menghasilkan gol tetapi gagal disempurnakan. Kami perlu belajar untuk menjadi lebih tajam.”

City bermula seperti dilakukan mereka dengan mendahului 3-0 dalam tempoh 38 minit pada separuh akhir pertama di Old Trafford apabila menyerang dari pelbagai arah namun pelawat perlu berterima kasih kepada De Gea yang banyak menyelamatkan keadaan.

“Saya sebenarnya tidak faham bagaimana kami tewas perlawanan ini,” kata pemain tengah City, Kevin de Bruyne. “Saya rasa kami cuai.

“Bagi saya Manchester United langsung tidak ada satu peluang hari ini.”

Disiarkan pada: January 30, 2020 @ 11:33am
d