arena

Sofia singkir Ashleigh untuk ke final

Oleh Reuters

SOFIA Kenin menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty, 7-6(6), 7-5 di peringkat separuh akhir Terbuka Australia sebenar tadi, sekali gus mengecewakan wakil Australia itu untuk melakar kejuaraan pertama di gelanggang sendiri pada Grand Slam dalam tempoh 42 tahun.

Ashleigh melangkah ke perlawanan itu dengan rekod kelebihan 4-1 berdepan pemain Amerika itu dan memberi saingan sengit kepada pemain pilihan ke 14 itu menerusi pukulan balas dan dari sudut sisi.

Sofia, 21, pada mulanya menunjukkan aksi hampa pada suatu ketika, dengan membaling raket di gelanggang, namun berjaya mengawal pemain sebelum memenangi perlawanan itu.

"Dia seorang pemain yang kuat, dia beraksi dengan hebat dan saya tahu saya benar-benar perlu cari jalan untuk menang," kata pemain Amerika itu.

"Dia bangkit dengan beberapa pukulan hebat, ia agak sukar ... itu adalah sebab kenapa dia menjadi nombor satu.. saya hanya berterima kasih untuk kemenangan ini." kata Sofia.

Disiarkan pada: January 30, 2020 @ 3:14pm
d